Wednesday, 1 January 2014

My School Story

Assalamualaikum wbt..

Pertama kalinya saya ingin mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapatlah saya menukilkan coretan kehidupan yang selama ini mungkin hanya sekadar di atas kertas...dan kini lebih advance lagi di mana saya menaipnya menggunakan KEYBOARD  ececeh...macam-macamla  aku ni.Ok-okla sebenarnya bukan apa aku saja jer nak bagi introduction dalam ayat skema sikit sekadar nak menyedarkan diri..diharap kalian yang membaca blog  saya ni berada dalam keadaan yang tenang,sabar & paling penting  happy disebabkan cara penulisanku yang agak sempoi dan tungang-langang skit...*skit ker..macam banyak jer*

Hari ini merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan 2014 dan aku pula baru sahaja menamatkan persekolahanku selama 5 tahun di SMK Petaling pada tahun 2013 yang lepas...ada pelbagai episod suka dan dukaku sepanjang menjadi pelajar disitu...Al maklumla aku juga dikenali sebagai seorang yang agak  pendiam hal ini disebabkan aku berpegang pada prinsip Apabila aku tidak berkata pasti tidak ada yang mengata akan tetapi lain pula jadinya ada juga yang mengata.... aku tahu, tapi itu semua sudah lama aku maafkan sejak majlis restu lagi...*macam sentap jer*adatla budak-budak perempuankan...minta maaf kalau ada yang terasa...aku kalau depan kawan sekelas memang tak banyak bunyi...ni bukan apa sebab kadang-kadang aku takdak idea @topik untuk diusulkan tu yang quiet&smile ja...kalau pandai-pandai cakap nanti dikatakan pandai-pandai jer...haiiii itulah aku dulu..Di samping sikap malu yang bukan main tebal dalam diri ni...di hadapan para pendidik @kata lainnya cikgu aku sangat menjaga adab dan tatasusilanya ni bukan nak menunjuk ke apa ka hal ini disebabkan aku tahu bahawa berkat sesuatu ilmu terletak pada perasaan teacher ketika itu....kiranya cikgu bahagia aku pun turut bahagiala ni...mengusik feeling korang tak?...ermm...

Aku sebenarnya memang suka menceritakan pengalaman terutama sekali ketika takdak idea..memang favourite aku...dalam buku nota aku boleh penuh dengan cerita kehidupan aku...then kadang-kadang kalau aku tengah marah boleh jadi aku koyakkan pages tu pastu komot-komotkan dia pastu buang dari tingkap atas ke bawah biaq pedulila sapa pun yang rajin pegi bukak komot tu then baca bukan aku tulih nama aku pun...kikiki Aku yang dulu bukanlah yang sekarang lagu ni memang kenela dengan aku sebab..... Aku yang dulu sangat pemalas dan suka bazir masa padahal nak ambik SPM nih...fuhh memang berani matila time tu study pun last minute ja itu pun masuk tak masuk last-last tension sangat aku tutup buku dan tidoq.Aku ni nampak jer macam komited dengan apa yang dibuat tapi...aku juga insan biasa yang mudah jer terpengaruh...tu pasai den tulih biaq den sodar...dengan kekhilafan den ni...

ermm...aku rasa sampai disini sahaja coretanku kali ini...InsyaAllah jika ada kesempatan jumpa lagi...LA TAHZAN ROBBUNA MAANA...^_^.

No comments:

Post a Comment